.

.

Thursday, 4 February 2016

Anak Seni

Salam hormat.

Memang lama sudah keinginan menggabungkan semua aktiviti seni yang saya ceburi. Memandangkan komitmen dan aktiviti yang semakin padat, tak dapat nak pantau kesemua blog yang ada. Maklum sahajalah, buat seorang diri, yang ahli kumpulan lain terlebih sibuk. Jadi bila saya tak ada masa, maka terbiarlah blog yang saya wujudkan bertahun-tahun. 

Maka keputusan diambil, buat seorang diri. Maka saya gabungkan semua aktiviti dan perjalanan seni saya sebagai satu perkongsian dan menjadi iktibar kepada mereka yang ingin mengabadikan diri dalam dunia seni.  

Diwaktu kini, ramai lebih suka menggunakan Page Facebook sebagai jalan mudah dan enggan menggunakan jenis blog yang ada. Tidak seperti saya kenal blog, namun kehadiran FB melenyapkan segala jenis aktiviti atau jurnal pada blog. Hanya mereka yang setia sahaja dapat mengemaskinikan blog mereka. Termasuklah saya hampir sahaja terkubur aktiviti blogging. Jadi biarlah blog ini menyatukan aktiviti pergendangan, penulisan, tanjak dan sebagainya yang berkaitan. Insyallah. 

admin


0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP