.

.

Friday, 5 February 2016

Hantar Guna Kotak


Biasanya penghantaran tanjak yang ditempah dari luar atau yang mahu diposkan, saya menggunakan kotak yang dibeli di IKEA. Kaedahnya melalui kurier Nationwide Express atau poslaju (sekiranya terlalu segera). Penghantaran melalui kurier biasanya akan memakan masa 2-4 hari kerana saya hanya menghantarnya di Petronas yang mengendalikannya. Jam 2 petang barulah pihak Nationwide datang mengumpulnya di Kajang pula. Keesokan harinya pula dibuat penghantaran. Meskipun begitu, yang selalu menjadi masalah adalah cawangannya di negeri-negeri. 

Pernah berlaku, saya menghantar ke Terengganu, ia memakan masa seminggu. Memang saya tak boleh berbuat apa-apa, melainkan menelefon HQ Nationwide dan melaporkan perkara tersebut. Bukan sahaja itu, Poslaju juga berlaku dua, tiga kali perkara begini, yang mana ia mendatangkan resah sama ada di pihak saya mahupun penempah. Apatah lagi jika mereka mahu menggunakan dengan segera.

Apapun saya cuba yang terbaik. Kelewatan kadangkala tak dapat nak elak kerana apabila lepas kepada pihak yang menghantar, saya hanya tawakkal dan berdoa agar tempahan sampai ke tangan para penempah dengan elok dan dalam masa yang tepat. Sekiranya berlaku kelewatan, saya memohon maaf sangat-sangat, kerana ia adalah perkara yang berlaku di luar jangkaan saya.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP