.

.

Friday, 5 February 2016

Mantera Hitam 3


Ini adalah dua novel terbitan Alaf21 yang mengisahkan menggabungkan elemen mistik, silat, sejarah, perubatan dan fantasi yang sarat berlatarbelakangkan seni budaya Melayu.  Sewaktu ilham yang pertama sampai adalah kerana melihat subjek sejarah yang diajar (isteri saya cikgu, mengajar subjek Sejarah sewaktu dahulu), agak membosankan. Walaupun saya meminati subjek Sejarah, tapi saya faham bahawa cara pengajaran subjek ini di sekolah kadang kala mendatangkan kebosanan kepada yang belajar. 

Jadi saya fikir, mengapa tidak digarapkan dalam bentuk penulisan yang lebih menarik, yakni ada jalan cerita - novel. Ada bahagian naratif sedikit, dialog, kemuncak, konflik dan sebagainya. Maka alhamdulillah terbitlah novel ini. Tajuk Mantera Hitam adalah novel pertama, diikuti oleh Raungan Mantera sebagai sambungannya yang kedua. Dan kini sedang menggarap finale untuk tajuk ini, Insyallah. Doakan saya. 


 Kulit berangan saya sahaja. Insya-Allah.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP