.

.

Thursday, 3 March 2016

Bahan-Bahan Masakan Di Dapur

Salam hormat.

Jurnal 1

Pertamanya, saya teringat pesan guru saya, bahawa perubatan orang Melayu ini kebanyakannya ada di dapur. Bila balik, saya terfikir apa benda itu? Jadi saya pergi ke dapur dan memerhatikan bahan-bahan di dapur. Saya dapati kebanyakannya adalah makanan kita seharian. 

- Asam jawa / asam keping
- Garam 
- Bawang putih/merah
- Halia / kunyit
- Serai
- Lada hitam
- Daun bawang dan lain-lain.

Cuba tuan/puan perhatikan sejenak. Ada tak bahan-bahan ini semua? Maksudnya makanan orang dulu-dulu dan juga kita, adalah juga ubat/penawar. Cuma kita tak perasan sahaja. Selain itu, ada seorang yang saya panggil Pak Mat, dia pesan begini :

"Cuba kau perhatikan di sekitar kawasan rumah kita, ada banyak pokok dan tumbuhan bernilai perubatan, cuma kita sahaja yang tak kenal."

 Sumber gambar : sini

 Jadi bab pertamanya yang saya ingin kongsi adalah garam. Masa saya kecil dulu, mak selalu buat nasi lemak untuk jualan. Tambahan kami bukanlah orang senang, jadi mak buat untuk menambah pendapatan. Jadi, di zaman itu, tak ada lagi mesin blender, jawabnya lada kering kena giling sendiri. Sayalah antara orang yang kena buat perkara itu. Giling lada kering, giling bawang.

Jadi, bila giling, kadang-kadang terlupa tangan itu pedas, lalu genyeh mata. Mulalah mata itu berair pijar. Aduhai, teringat petua cecah jari pada garam dan letak di lidah. Huhuhu ... alhamdulillah perlahan-lahan, pijar/pedih mata itu beransur pulih. Bukanlah sekali makan terus hilang. Juga dalam kes nak buat sambal belacan, kena bubuh lada, bawang dan sebagainya. Sekali merecik kat mata, memang wow! Cepat-cepat, cecahkan garam di lidah. Alhamdulillah. 

Bab tangan pijar dek lada masa menggiling tu, mak suruh lumur minyak dan kemudiannya basuh. Fuh, lega dan berkurangan rasa pijar tu beransur-ansur. Kalau tak, faham-faham sahajalah. Tapi zaman ini, semua pakai blender, mungkin kurang sikit pengalaman sebegini. Tapi manalah tau, kot-kot jadi, silakan mencuba petua ini. Begitulah petua orang tua-tua Melayu kita. Wuallahua'lam.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP