.

.

Thursday, 10 March 2016

Filem : The Fault In Our Stars

Resensi tanpa terma teknikal dan bahasa Filem, cuma dari sudut terdalam sahaja.
------------------------------------------
  
Malam semalam saya tidur lambat kerana menunggu anak bongsu yang terjaga malam dan tak boleh tidur. Sambil-sambil menekan butang menu, mata saya tertancap pada tajuk filem ini. The Fault In Our Stars? Apa kejadah panjang sangat tajuk ni, tanya saya dalam hati. Ok, sekali tengok macam boleh layan. Baik, saya tunggu dan ya, akhirnya melekat. Mungkin suasana sudah 2.30 pagi, cerita sebegini lebih sesuai. 

Katanya ia filem bercorak Drama Romantik yang diangkat dari novel yang mempunyai judul yang sama. Tahun 2014 filem ini. Ok, ia seperti kisah-kisah cinta yang klise, tapi dipersembahkan dalam cara yang berbeza. Kisah dua orang remaja yang bertemu di dalam sesi group support, Hazel Grace, watak utama yang dilakonkan oleh Shailene Woodley begitu bersahaja dan bagi saya mungkin kurang berkesan walaupun saya dapat meresap kesakitannya, terutama sebagai ketua keluarga yang mempunyai anak yang ada sedikit masalah kesihatan. Ok, saya boleh layan nampak .... 

Sehinggalah tamat kisah ini, saya cuba melihat dari sudut yang berbeza - sebagai pesakit! Ya, apa yang kamu mahu bila sakit? Tak ada lain dalam dunia ini, melainkan sihat, tetapi apabila doktor Hazel Grace mengatakan bahawa dia tidak panjang, Hazel terdiam. Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu dengan seorang penulis yang diminatinya, kisah yang ada seperti dirinya ... Agustus Water? Watak teman lelakinya yang mempunyai karakter yang sangat kukuh dan kuat, ia terasa apabila menontonnya.Di akhir ia hampir membuatkan saya tenggelam dalam dunianya, walaupun bukan sepenuhnya, sebab saya rasakan watak Agustus lebih menonjol dari segi karisma watak berbanding dengan Hazel Grace. Emmm ... cuma pendapat saya sahaja.

Kanser ... itulah penyakit yang diperkatakan dalam filem ini. Satu segi, bagi saya, ia menggambarkan kegagalan perubatan dunia moden yang diagung-agungkan oleh manusia barat atau yang mungkin sahaja kita merasakan bahawa itu sahajalah harapan terbaik yang ada.

Moral 

1) Semangat - yang dipaparkan oleh Agustus bagi saya lebih mengujakan berbanding dengan Hazel Grace. Hazel Graze pun sayugia begitu, punya karater yang kuat walaupun saya tidak begitu terasa. Namun secara keseluruhan kedua watak utama ini berjaya menghidupkan watak masing2 sekaligus menyalurkan kekuatan mereka kepada yang menontonnya.

2) Mungkin dunia perubatan moden yang dimomokkan oleh dunia barat harus dipandang semula, dinilai dan mengambil pengertian bahawa ia bukanlah satu solusi yang kita tiada pilihan. Mungkin sudah sampai masanya kita memandang kembali pada dunia perubatan tradisional Melayu, kerana alam dan Melayu itu tidak terpisah sejak dari dahulu.

3) Apakah yang kita lakukan sekiranya kita tahu bahawa kita sudah tidak lama? 

4) Jangan tengok lambat sangat filem2 di tv, nanti esok mengantuk. Hihihi 


Keseluruhan saya bagi 7 dari 10 markah ... hehehe juri perasan sendiri. Wuallahua'lam. Filem ini saya tonton di Astro.  Filem ini filem box office tapi saya tak perasan pula ditayangkan di sini, terlepas pandang agaknya.


Sumber : 

https://en.wikipedia.org/wiki/The_Fault_in_Our_Stars_%28film%29
https://en.wikipedia.org/wiki/Shailene_Woodley
https://en.wikipedia.org/wiki/The_Fault_in_Our_Stars

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP