.

.

Friday, 11 March 2016

Filem : Garm Wars : The Last Druid


Resensi tanpa terma teknikal dan bahasa Filem, cuma dari sudut terdalam sahaja. -----------------------------------


Filem ini satu macam pelik. Sejak dari mula menontonnya saya ada kelainan rasa yang pernah saya alami sebelum ini, tapi saya gagal mengesannya. Setelah membaca di internet, barulah saya mengerti kenapa ia lain.

Filem bercorak 'Sains fiksyen animasi' ini rilisan 2014, emmm ... banyak yang terlepas pandang. Mungkin saya bukanlah penggemar tegar filem bergenre sebegini, namun sesekali seronok juga melayannya. Dari segi nama, apa yang dicari aneh, aneh bukan maksud hairan yang bagaimana. Dalam kotak fikiran saya, mengapa cerita barat ini ada sangkut menyangkut soal-soal ketuhanan, sedangkan amat jarang (atau saya yang jarang menontonnya) mengetengahkan soal ketuhanan dalam bentuk yang komplikated. Metafora dan entah apa-apa 'fora' terselit begitu banyak sekali. 

Bila melihat ia arahan siapa, baru saya mengerti. Anak kelahiran Jepun, Mamoru Oshii adalah pengarah filem ini. Baik, saya faham sudah mengapa falsafah yang sarat ditekankan dalam itu. Namun ada seperti bunyi-bunyi manusia (atau seperti filem2 barat yang pernah saya tonton) mempertikaikan Tuhan. Seolahnya manusia adalah bahan eksperimen atau boneka Tuhan di alam maya ini. Phew .... 

Jadi, ia bukanlah filem untuk mamat dan minah cengeng yang mengharapkan cinta terjun lombong, atau menari--nari sambil ada lagu yang tak memasal serta anganan merapu. Ia sebuah kisah yang serius, yang memerlukan kita untuk menumpukan seluruh zat budi akal dan hati untuk melihat lebih jauh ke dalamnya. Ia ibarat kopek durian, ada isi dalam tu. Boleh macam tu? Hehehe

Filem ini kisah yang simple tetapi berat. Teknik CGI + bersifat animasi amat pekat, membuatkan saya tertarik dan menontonnya sehingga habis. Moral? Kena tengok filem jenis ini serorang diri, baru boleh fokus. Huhuhu .... Di akhir filem ini baru faham siapa itu druid yang mempunyai kelebihan yang luar biasa. Yezzaaa ....

Rujukan :

https://en.wikipedia.org/wiki/Garm_Wars:_The_Last_Druid
https://en.wikipedia.org/wiki/Mamoru_Oshii

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP