.

.

Saturday, 5 March 2016

Latihan Gendang Silat


Nak melatih orang bermain gendang silat ini bukanlah mudah. Tambahan yang datang nak belajar itu orang-orang yang sudah berusia. Tapi dek cintakan warisan ini, saya teruskan juga. Bidang saya adalah serunai, gendang hanya mengambil asas-asas sahaja. 

Tapi pada tahun lepas 2015, saya diundang ke Keratong untuk mengajar. Hati memang berat kerana tahu di sebelah Pahang memang banyak orang yang pandai bergendang,; sedangkan saya gendang ini tidak berapa boleh sangat, bukan bidang saya. Tetapi balik dari sana, saya berfikir. Ah, amanah guru sudah sampai sekali lagi nampaknya. Dan setelah itu saya pulun pula bergendang, masih kaku dan tak berapa hidup lagi tangan, tapi pegangan saya - tiada yang mustahil kalau Allah berkehendak.

Yang penting istiqamah sahaja berlatih. Saya tawakkal sahaja, dan kini masih berlatih untuk diri sendiri. Insya-Allah perjuangan akan diteruskan walaupun Gemala Kasturi dulu tinggal hanya saya seorang. patah sayap, bertongkat paruh, saya teruskan insya-Allah. Moga dibukakan jalan berkat taufik hidayah demi kesinambungan warisan yang satu ini, amin.

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP