.

.

Saturday, 5 March 2016

Petua Makan Cili - ubat batuk?

"Aku cili mulut kau!" 

"Kecil-kecil cili padi."

"Siapa makan cili, dialah terasa pedas."

Begitulah 'cili' diangkat dalam dunia Melayu. Pedas, lagi kecil lagi pedas. Sesetengah dari kita kalau makan tiada pedas memang tak sah. Jadi apakah dunia cili ini sekadar memedaskan telinga atau masakan kita sahaja?

Seperti yang saya katakan, saya hanya mengongsikan apa yang telah saya rasa dan eksperimen. Ada yang mengatakan ia adalah penawar pada penyakit bronkitis. Jadi suatu masa, saya tengah batuk kuat, dan memang tak tahan. Ubat batuk jenis cap ibu dan anak sahaja yg saya boleh telan, selain dari itu tak jalan. Suatu masa saya terbaca dalam akhbar tentang cili dan bronkitis ini. Jadi saya fikir kenapa saya tak cuba ... sebab berkaitan dengan tekak, begitulah fikir bodoh saya. Hahaha ... jadi petua ini jangan ditiru sangat. Sebenarnya bronkitis sakit lain pun sebenarnya. 



Memang, memang berapilah jawabnya makan cili (buat ulamlah, kalau tak nganga saja2 nak makan cili macam tu). Sekali, dua kali cuba, alhamdulillah, beransur pulih dan akhirnya lega batuk saya. Peh, ini adalah cara yang ekstrim yang pernah saya cuba dalam hidup berkaitan batuk ini. Ia berkesan untuk saya, untuk orang lain, wuallahua'lam.

Saya bila baca-baca, dalam cili itu ada kandungan yang dipanggil capsaicin.

"Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C kompleks, serta komposisi vitamin lain seperti protein, karbohidrat, serta karotin. Kepelbagaian cili memberi kepedasan kepada si pemakan. Ia dinamakan capsaicin, lagi tinggi kandungan capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung di dalam cili dapat berfungsi sebagai agen pelindung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah." 

Jadi, kalau berani cubalah petua ini, kalau tak jangan sebab ada masa saya sakit perut bila ke tandas bila hilang batuk ... hahaha. Kalau ada apa-apa kesan dari petua ini, terutama ke tandas pula, saya tak bertanggungjawab ....

Sumber :

http://www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-cilicabai.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Cili
http://petuasejagat.blogspot.my/2011/06/7-khasiat-pokok-cili-padi.html

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP