.

.

Saturday, 16 April 2016

The Jungle Book

Saya berkira, ini mungkin adalah satu filem yang bolehlah dikatakan sesuai untuk ditonton oleh seisi keluarga. Tambahan pula watak utama adalah kanak-kanak, sedikit sebanyak mungkin ia dapat menpengaruhi mereka yang hampir atau sebaya. Bagi orang dewasa (bagi saya), ia juga adalah filem menarik barangkali. Tetapi apabila menontonnya, saya dapat merasakan dunia haiwan yang hidup di dalam alam manusia, saling tak tumpah. Perebutan kuasa, tamak, menpergunakan orang lain untuk tujuan sendiri. Namun, ia bolehlah dikatakan filem yang menghiburkan di samping memaparkan betapa pentingnya hubungan kekeluargaan dan setiakawan yang berpanjangan. 


Disebalik kisah ini, saya dapati apabila menonton pembuatannya, barulah saya merasakan ada yang kurang, iyalah manakan sama manusia, haiwan dan yang digunakan melalui teknik CGI. Dan agak mustahil untuk mewujudkan realiti tanpa CGI pada masakini di dalam filem. Sepertinya Avatar yang mengambil masa barulah dapat dinyatakan dalam bentuk visual yang sangat menarik. Apapun, filem ini menarik, walaupun bg orang dewasa yang berfikiran tinggi ketika memasuki panggung akan merasa sedikit bosan kerana watak utamanya adalah budak kecil dan haiwan-haiwan yang boleh berkata-kata.

Moral - boleh layan dengan famili. :)

0 comments:

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP